Thursday, August 10, 2017

Nipple crack

Menjawab persoalan ibu tentang nipple crack.

Sejujurnya, walaupun Kak Ida kaunselor laktasi beranak empat, nipple crack tetap berlaku. Huhuhuhu

Setiap anak PERLU belajar untuk menyusu walaupun kita ibu sudah beranak sepuluh. Agagagaga

Ya Allah, sakitnya hanya Allah yang tahu.

Rasa pedih, nyeri dan semestinya SANGAT SAKIT.

Ini antara faktor utama ibu akan memberhentikan penyusuan susuibu kerana tidak sanggup menghadapi situasi ini. Ibu lebih sanggup memerah dan memberikan susu kepada anak menggunakan botol pula sehingga pulih.

... dan anak pula akan keliru puting. (ok, ini topik lain).

Faktor utama nipple crack berlaku adalah disebabkan posisi penyusuan ibu yang salah. Anak akan menghisap di puting ibu sahaja dan bukan melekap di keseluruhan aerola. Semak semula posisi penyusuan ibu.

Apabila salah melekap, anak akan menghisap dengan kuat dan ini yang menyebabkan puting terluka. Anak juga tidak akan puas menyusu.

Untuk ibu yang baru, atau ibu yang mengalami masalah ini, cara untuk mengurangkan rasa pedih, ambil lebihan susuibu dan sapukan di payudara. Buat 2 3 kali dalam sehari. (Tetapi, kak ida memang sapu sahaja, kerana "ubat" ini PERCUMA dan semulajadi). Hihihi

Ada juga krim untuk nipple crack. Boleh beli di farmasi yang berdekatan atau guna apa yang ada dirumah seperti madu. Madu boleh merawat luka-luka kecil. Sapu 2 hingga 3 kali sehari.

Tips Kak Ida, untuk memberi payudara yang luka, pastikan anak membuka mulut seluas-luasnya sebelum suakan payudara ke mulut anak. Bila nampak anak sudah bersedia, tarik nafas panjang dan berilah payudara yang luka itu (pastikan posisi penyusuan itu betul). Memang pedih untuk permulaan dan lama-kelamaan, rasa pedih akan hilang.

Untuk mengurangkan rasa stress, panggillah suami untuk mengurut-ngurut lembut dibelakang. (Tanda sokongan). Positifkan diri dan kuatkan semangat ya ibu.

Pakailah pakaian dalam yang bersesuaian. Pastikan tempat luka sentiasa dalam keadaan bersih (agar jangkitan kuman tidak berlaku).

Chaiyok ibu. Chaiyok!

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment