Wednesday, November 8, 2017

Pertandingan Gambar Ibu dan Anak Susuan

Pertandingan Gambar Ibu dan Anak Susuan


  • Anda ada anak susuan? 
  • Atau anak anda ada ibu susuan?
  • Semarakkan ikatan yang terjalin.
  • Abadikan gambar anda bersama anak susuan atau anak anda bersama ibu susuan dengan tagline ringkas yang menggambarkan indahnya dan mahalnya ikatan yang terjalin.
  • 3 gambar dengan tagline istimewa akan memenangi hadiah istimewa dari pihak penganjur. 

Syarat penyertaan:

1. Post 1 gambar sahaja berserta tagline istimewa. Letakkan #SKIS2017
2. Setiap seorang hanya 1 penyertaan sahaja.
3. Mesti hadir SKIS2017 utk ambil hadiah.
2. Like dan share page Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB secara public.
3. Like dan share page Seminar Kebangsaan Ibu Susuan 2017 – SKISS 2017 secara public.
4. Like page

  •  Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda
  •  FEED by Ummi Najla
  • JueReen_Official
  •  PumpOnTheGo Kelana Jaya – Breast Pump Shop No.1
  •  Cozy Lady – Smooth Nursing Anywhere
  •  Bonda Hana
  •  “TUPPERWARE” 1 Malaysia
  •  YOUHA Malaysia
  •  Annchick Heejab

5. Tag 3 orang kwn
6. Tarikh tutup 4 November 2017
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan tagline yang unik.
8. Keputusan urusetia adalah muktamad

Seminar Kebangsaan Ibu Susuan 2017 – SKISS 2017

Tuesday, October 31, 2017

Karnival Nak Sihat dan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2017

Karnival Nak Sihat dan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2017
Karnival Nak Sihat dan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2017
Karnival Nak Sihat dan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2017

Monday, October 23, 2017

Seminar Breastfeeding Peer Counselor Update

Seminar Breastfeeding Peer Counselor Update akan berlangsung pada 10 November 2017 bertempat di Dewan Teater 2, Institut Ibnu Sina, UTM Skudai, Johor Bahru.

Seminar ini bertemakan Using Loving Support To Grow and Glow in BFPC.


Thursday, October 5, 2017

Seminar Kebangsaan Ibu Susuan | SKIS2017

Satu Seminar Kebangsaan Fiqh Ibu Susuan akan diadakan seperti ketetapan di poster berikut.

Jom, datang beramai-ramai ke majlis ilmu ini yang bakal diadakan di UTM, Johor Bahru pada 11 November 2017 bermula jam 8.00 pagi.

Nota:- Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.




Tuesday, September 12, 2017

Cabaran ibu menyusu

Sumber: Harian Metro Online

Manfaat susu ibu bukan saja melindungi bayi daripada jangkitan gastrousus dan pernafasan, malah berpotensi mengurangkan risiko lelah klinikal, dermatitis atopik atau ekzema, obesiti, diabetes jenis II dan tekanan darah tinggi apabila bayi itu membesar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyarankan supaya bayi diberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan pertama untuk tumbesaran, perkembangan dan kesihatan optimum, selain meneruskan penyusuan ini sehingga usia anak dua tahun sambil memberi makanan lain.

Namun, ramai ibu berdepan cabaran untuk mengamalkan saranan ini. Di Malaysia, statistik menunjukkan 98.1 peratus bayi berusia kurang enam bulan diberikan sejumlah susu badan, tetapi hanya 47.1 peratus daripadanya berjaya diberikan susu badan secara eksklusif.

Cabaran ini termasuk kesukaran ibu untuk memerah susu badan apabila kembali bekerja. Masalah di tempat kerja ini ketara apabila kita mengambil kira majoriti wanita dalam kelompok usia ibu muda turut bekerja. Dianggarkan 73.4 peratus wanita berumur 25 hingga 34 tahun dan 66.8 peratus wanita berusia 35 hingga 44 tahun adalah sebahagian daripada tenaga kerja di negara ini.

Pengurus Philips Malaysia Muhammad Ali Jaleel berkata, pihaknya membantu golongan ibu berkenaan memastikan anak mereka meraih manfaat susu ibu sejak lebih 30 tahun lalu menerusi produk inovasi yang membantu dalam penyusuan badan.

“Kami bekerjasama dengan pakar untuk menyokong perkongsian ilmu yang dapat membantu lebih ramai ibu memberikan penyusuan badan lebih lama. Setiap orang boleh memainkan peranan bagi memastikan pengalaman menyusu badan bagi semua ibu baru menjadi lebih mudah.

"Memperkasakan ibu berkenaan untuk penyusuan badan yang lebih lama bukan saja kerana nutrisinya lebih baik buat anak, ia turut memberi manfaat kepada majikan kerana bayi yang sihat bermakna ibu kurang mengambil cuti bagi menjaga anak yang sakit, justeru mengekalkan produktiviti.

Dalam jangka panjang, anak yang diberikan susu badan biasanya menjadi dewasa yang lebih sihat, lalu negara juga meraih manfaatnya,” katanya bercakap mengenai kempen #AVENTsupportsbreastfeeding anjuran Philips sempena Minggu Menyusu Badan Sedunia 2017 yang disambut pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun.

Penyusuan badan boleh dianggap satu tugasan peribadi yang dilakukan sendirian, namun sistem sokongan yang baik amat penting bagi menjayakan proses ini. Kajian menunjukkan wanita yang meminta nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan akan dapat meneruskan penyusuan badan bagi tempoh lebih lama.

Hampir 70 peratus wanita yang mengamalkan penyusuan badan sehingga 12 bulan mempunyai akses pada rundingan laktasi berbanding hanya 55 peratus daripada mereka yang berhenti menyusukan anak pada tiga bulan pertama.

Penyusuan badan adalah semula jadi, tetapi ibu memerlukan sokongan untuk memulakan proses berkenaan dan mengekalkan momentumnya. Ada kemungkinan si ibu akan berasa kecewa apabila berdepan kesukaran atau cabaran, tetapi mereka sewajarnya tidak keberatan untuk meminta pertolongan.

Muhamad Ali berkata, hakikatnya tekanan boleh menghalang kejayaan menyusu badan berikutan jumlah dan aliran susu badan berkait rapat dengan keadaan psikologikal dan tahap tekanan si ibu.

“Dalam satu kajian dijalankan Philips Avent, ibu didapati mengeluarkan lebih banyak susu dalam tempoh 10 hingga 15 minit selepas melakukan senaman pernafasan atau mendengar muzik.

“Bagi ibu yang gusar jika tidak memberi susu mencukupi pada bayi, mintalah bantuan kerana ada kajian menunjukkan hampir 50 peratus wanita berhenti memberikan anak susu badan dalam tempoh lapan bulan pertama kerana merasakan susunya tidak mencukupi. Pakar penjagaan kesihatan akan memberikan tip untuk relaks supaya ibu rasa lebih berkeyakinan,” katanya.

Katanya, meneruskan usaha penyusuan badan semasa tempoh yang disarankan bukan saja ada manfaat kesihatan ataupun dapat memupuk kemesraan, ia juga lebih ekonomi, mudah dan bersih tidak kira siang atau malam, baik di rumah mahupun ketika berada di luar.

“Ada yang berkata, tugas membesarkan anak itu tanggungjawab sekampung. Apa yang pasti, kita memerlukan sistem sokongan yang kukuh bagi memastikan golongan ibu berjaya menyusu badan,” katanya.

Panduan untuk membolehkan ibu berehat
  1. Ambil alih tugas menjaga bayi daripada ibu. Ini termasuk menukar lampin hinggalah memandikan dan menidurkan bayi. Menjaga anak baru lahir memang meletihkan, jadi biar bapa, nenek atau penjaga profesional melakukannya.
  2.  Pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih seperti disukai ibu. Rumah yang kotor dan bersepah pasti membuatkan fikiran berserabut dan memberi tekanan kepada ibu. Jadi, pastikan anda membantu supaya si ibu boleh bersantai.
  3. Merencana menu harian, menyediakan dan memasak hidangan boleh memakan masa lama. Tugasan intensif yang tidak patut dibebankan kepada ibu baru. Seperti menjaga bayi, ahli keluarga atau penjaga profesional boleh membantu. Ada sesetengah makanan yang patut dielak oleh ibu tetapi pastikan anda bertanya mengenai menu yang disukainya. Memaksa ibu makan dan minum sesuatu yang tidak disukainya pasti menambah tekanan dan memberi impak negatif pada sesi penyusuan badan.
  4. Ibu perlukan diet sihat dan nutrisi baik untuk memulihkan tenaga. Proses penyusuan badan membakar 500 kalori sehari, jadi ibu perlu makan jumlah kalori dan nutrien yang disarankan .
  5. Mengambil snek bernutrisi antara hidangan lengkap turut membantu. Makanan kaya zat besi seperti daging, telur kuning dimasak dan sayuran daun hijau boleh melegakan keletihan, manakala vitamin C membantu tubuh untuk menyerap zat besi daripada makanan. Jadi jangan lupa mengambil makanan seperti buahan sitrus, tomato dan kentang.
  6. Ada pandangan mengatakan sesetengah makanan tidak sesuai kerana nutrien terkandung boleh diserap oleh bayi menerusi susu badan, membuatnya kembung, menunjukkan simptom kolik malah cirit-birit. Makanan pedas, bawang putih dan bawang merah mentah berlebihan selain kafein antara makanan dan minuman yang patut dielakkan. Lebih penting, sentiasa rujuk kepada pakar kesihatan anda untuk diet terbaik buat ibu dan bayi.
Sokongan tambahan

Si ibu mungkin risau mengenai penyusuan badan yang berterusan selepas kembali bekerja. Inilah masanya pihak pengurusan syarikat dan rakan sekerja boleh memainkan peranan penting dalam menyokong penyusuan badan.
  1. Pastikan si ibu ada akses kepada ruang yang tenang seakan di rumah untuk membolehkannya mengepam susu badan. Sediakan peti sejuk khas hanya untuk menyimpan susu badan. Kajian menunjukkan kakitangan yang diberi akses kepada bilik menyusu dua kali ganda lebih berkemungkinan akan meneruskan penyusuan badan melebihi enam bulan.
  2. Bagi rakan sekerja, amalkan sikap positif terhadap ibu yang menyusu badan. Jangan anggap mengepam susu badan sebagai gangguan atau aktiviti menyukarkan. Kita patut faham bahawa para ibu berkemungkinan menghadapi cabaran apabila menyusu badan.
  3. Jika anda ada teman yang baru menjadi ibu, ambil kira lokasi yang mesra bayi dan menyusu badan bila keluar bersamanya. Atau sekurang-kurangnya, lokasi yang ada menyediakan kemudahan di mana ibu boleh mengepam dan menyimpan susu badan.

Monday, September 11, 2017

Penyusuan anak angkat


Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Namun, perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi.

Penyusuan ibu secara eksklusif selama enam bulan terbukti membantu mencegah serangan alahan awal kepada bayi, selain membekalkan nutrisi terbaik untuk anak.

Susu ibu mengandungi semua khasiat diperlukan bayi untuk membantu perkembangan tahap imun tubuh mereka bagi melawan pelbagai penyakit termasuk alahan.

Justeru, bagi menggalakkan penyusuan susu ibu, pelbagai usaha dilakukan sama ada daripada badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penyusuan, kementerian ataupun hospital.

Bukan saja ibu kandung, malah program penyusuan juga perlu didedahkan kepada ibu susuan yang mahu menyusukan anak angkat mereka bagi memastikan keluarga memberi sokongan sekali gus memahami pertalian darah yang terjalin selepas itu.

Program Cetusan Laktasi

Menyedari kepentingan dan manfaat susu ibu kepada bayi, Hospital Pusrawi mewujudkan program Cetusan Laktasi bagi membantu ibu susuan untuk mula menyusukan anak angkat mereka.

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Norizan Mohd, mungkin ramai yang masih belum sedar wanita yang tidak hamil turut berupaya atau berpeluang menyusukan anak angkat mereka jika tahu kaedahnya.

“Justeru, dalam program ini, ibu bapa akan diberi bantuan dari segi rundingan bersama doktor berpengalaman dan ustaz atau ustazah berkaitan hukum, nasihat pemakanan oleh pegawai pemakanan dan pemeriksaan kesihatan terhadap ibu serta bayi.

“Program ini terbuka kepada semua wanita yang sudah berkahwin dan ingin menyusukan anak angkat mereka. Malah, ia juga terbuka untuk wanita yang ingin memulakan semula penyusuan anak sendiri atau anak angkat,” katanya.

Kaedah yang dilakukan bergantung sama ada anak angkat sudah diperoleh atau belum. Antara kaedah yang akan dilakukan ialah dengan memberikan hormon tertentu untuk mengaktifkan kelenjar susu dalam payudara.

Rawatan boleh mula dilakukan seawal enam bulan sebelum menerima anak angkat. Namun, sebelum rawatan diberikan, ibu akan diperiksa kesihatan mereka terlebih dulu bagi mengelakkan kes tertentu seperti HIV yang tidak boleh menjalani program berkenaan.

Jika anak angkat sudah diterima, juga boleh mengikuti program berkenaan dengan kaedah bersesuaian seperti ubat penggalak susu yang akan diambil sehingga pengeluaran susu dalam jumlah mencukupi.

“Walaupun ibu susuan tidak dapat menghasilkan kolostrum seperti ibu kandung, pengeluaran susu matang itu juga mempunyai khasiat sama seperti susu badan ibu hamil atau yang melahirkan bayi.

“Program ini dilancarkan secara rasmi pada April 2017 walaupun ia sudah diperkenalkan kepada umum sejak September 2016. Seramai 10 ibu yang mengikuti program ini bermula April lalu dan enam daripadanya berjaya menyusukan bayi mereka dengan berkesan,” katanya.

Menariknya, setiap ibu yang menjalani program ini juga dibantu dan diajar mengenai teknik memperbanyakkan pengeluaran susu seperti mengepam, pemakanan, posisi betul menyusukan bayi dan urutan.

Justeru, program ini diwujudkan bagi memberi pendedahan kepada ibu susuan bukan saja dari sudut perubatan namun hukum dalam Islam di samping menjadi hab konsultasi kepada individu memerlukan.

Ia juga sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi di bawah usia dua tahun selain membantu keluarga angkat mendapatkan maklumat mencukupi termasuk konsultasi berhubung penyusuan susu ibu.

Bukan itu saja, program berkenaan juga dibuka kepada keluarga angkat bukan Islam yang mahu menjadi ibu susuan atau berkeinginan untuk menyusukan anak kandung mereka.

Hukum ibu, anak susuan

Pegawai Agama Hospital Pusrawi, Shahidatul Akma Mohd Shaary berkata, ramai yang masih belum benar-benar faham mengenai konsep ibu susuan dan ibu angkat.
“Ibu susuan dan ibu angkat adalah berbeza. Ibu susuan biasanya akan menyusukan anak dengan susunya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung (melalui botol dan tiub).

“Selain itu, ibu susuan juga perlu menyusukan anak angkat yang berusia tidak lebih daripada dua tahun sehingga sekurang-kurangnya lima kali kenyang, barulah boleh menjadi anak susuannya.

“Berdasarkan maksud yang dipetik daripada Surah al-Baqarah ayat 233 menjelaskan, “Hendaklah kamu menyusukan bayi terbabit sehingga berumur dua tahun”katanya.

Jelasnya, tidak ada syarat khusus menyusukan bayi melainkan wanita itu cukup baligh untuk menjadi ibu susuan. Perkara yang paling penting untuk menjadi ibu susuan adalah niat kerana Allah Taala.

Seharusnya ibu bapa perlu faham proses menyusukan bayi itu bukan satu perkara yang mudah, sebaliknya ia harus dilengkapi dengan sokongan dan persediaan dari segi mental serta fizikal.

“Bagi ibu susuan pula, mereka seharusnya faham susu ibu tidak akan terhasil jika tidak mempunyai hormon tertentu yang menggalakkan pengeluaran susu seperti dimiliki secara semula jadi oleh wanita hamil.

“Justeru, jika keputusan sudah dibuat dan bersedia menjadi ibu susuan, pasangan suami isteri seharusnya peka serta memenuhi keperluan bayi dengan sempurna.

“Pada masa sama, suami juga perlu memahami situasi, bertolak ansur serta memberi sokongan kepada isteri yang berhasrat menyusukan anak angkat mereka,” katanya.

Hal ini juga perlu dihebahkan kepada ahli keluarga terdekat termasuk anak kandung (jika ada) dan keluarga kandung bayi yang dijadikan anak angkat.

Ia bagi memastikan ahli keluarga saling mengenali, sekali gus mengelakkan kekeliruan terutama apabila anak-anak sudah dewasa, ditakuti akan berkahwin dengan adik-beradik sendiri.

Ibu bapa susuan perlu faham hubungan anak susuan dengan keluarga susuan sama seperti anak kandung mereka yang lain dan hubungan harus dipupuk dengan erat.

“Menyusukan anak harus pada semua wanita dan tiada masalah untuk individu yang belum berkahwin memiliki anak susuan. Namun, sebaiknya kita memberi keutamaan kepada suami isteri atau wanita yang sudah merasai alam berumah tangga untuk memiliki anak susuan.

"Ini bagi mengelakkan rasa gembira dan selesa tanpa perlu berkahwin dan memastikan wanita mendapat sokongan penuh daripada suami serta ahli keluarga agar tanggungjawab dan amanah dapat dilakukan dengan baik terhadap bayi berkenaan.

“Disebabkan itu, ibu angkat digalakkan menyusukan anak angkat yang diambil jika berusia di bawah dua tahun bagi menjaga aspek batasan aurat, keturunan dan pergaulan dengan ahli keluarga yang lain.

“Malah, keluarga angkat dan ibu bapa kandung si anak yang diambil itu juga perlu saling mengenali agar hubungan silaturahim sentiasa terjalin,” katanya.

Ujarnya, banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum mengambil anak susuan. Sebaik-baiknya, ambil anak angkat yang ingin dijadikan anak susuan bermula dari kecil iaitu sebelum berusia dua tahun.

Selain itu, mental dan rohani perlu bersedia kerana bukan mudah untuk mengambil anak susuan. Ibu bapa perlu mempunyai emosi yang kuat untuk mendidik dan membesarkan anak susuan agar dapat menjaga amanah Allah dengan sebaiknya di samping menjaga hukum atau nasab yang sudah ditetapkan.

Saturday, September 9, 2017

Punca susu drop

Sebelum ibu kata "saya kurang susu" atau "tiada susu",

Pastikan punca-punca mengapa ianya boleh terjadi.












Thursday, September 7, 2017

Pentingkah susu selepas enam bulan?

Teks oleh: Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.


Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
  1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
  2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
  3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

Lactational Amenorrhea Method

Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan susu ibu dinamakan Lactational Amenorrhea Method (LAM) di mana penyusuan susu ibu sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semula jadi.
Sumber: Google

Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98–99.5 % efektif, sekiranya semua syarat di bawah dipatuhi:
  1. Haid ibu belum kembali.
  2. Bayi berumur kurang daripada enam bulan.
  3. Bayi menyusu secara eksklusif dengan kerap (siang dan malam).
  4. Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain daripada susu ibunya selama enam bulan pertama.
Oleh itu, antara tip untuk memastikan keberkesanan keadah LAM ini, anda haruslah:
  • Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu.
  • Menyusu dengan kerap tanpa had (siang dan malam). Untuk pengetahuan, penyusuan di waktu malam sangat penting kerana pada ketika itu hormon prolaktin adalah sangat tinggi. Hormon ini yang melambatkan ovulasi.
  • Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk dan menenangkan bayi.
  • Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur.
  • Tidak menggunakan botol atau puting kosong.
Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih daripada enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan (pada tahap umur ini, bayi seharusnya diperkenalkan dengan makanan tambahan dan tidak menyusu sepenuhnya), ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain.

Ini kerana selepas enam bulan, perlindungan penyusuan susu ibu terhadap kehamilan mula berkurangan.

Tuesday, September 5, 2017

Peranan ayah dalam penyusuan susuibu

Siapa kata ayah tiada kaitan dalam menjayakan penyusuan susuibu.

Sumber: Google
Jom ayah, kita sama-sama menjayakan penyusuan susuibu bersama isteri tercinta.
  1. Ambil tahu dan belajar tentang penyusuan susu ibu.
  2. Menyusukan anak membuatkan ibu cepat haus. Ayah boleh menyediakan sebotol air yang mudah dicapai oleh ibu. Selain itu, ayah juga boleh menyediakan snek sihat untuk ibu semasa menyusukan anak.
  3. Kenali fungsi alat bantuan penyusuan seperti pam susu, nipple cream dan makanan tambahan yang dapat membantu isteri kekal sihat, bertenaga semasa menyusukan anak.
  4. Sediakan pam susu untuk digunakan oleh ibu.
  5. Berikan hiburan buat ibu. Temankanlah ibu dan carilah topik yang membuat ibu gembira. Stress boleh menyebabkan susu berkurangan.
  6. Libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kerja rumah. Ayah akan lebih nampak sado jika membantu ibu menyapu dan membasuh pinggan di sinki.
  7. Tunjukkanlah rasa terima kasih ayah pada ibu kerana menyusukan zuriat kita.
  8. Urutlah dan belailah isteri ketika dia sedang menyusukan anak. Urutan lembut di belakang dada dan bahu membuatkan ibu tenang dan susu akan lebih banyak dihasilkan.
  9. Ayah juga boleh mambantu melayan anak-anak yang lebih besar. Keadaan tenang akan membuatkan ibu lebih selesa ketika menyusukan anak.
  10. Prihatin. Tanyalah pada isteri apa yang dia perlukan. Membuatkan isteri rasa dihargai dan disayangi oleh suami.
Semoga bermanfaat. 

Sunday, September 3, 2017

Tongue-Tie

Pernah dengar mengenai Tongue Tie?

Tongue Tie (atau Lidah Pendek) sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap. Lidah pendek berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenelum terlalu pendek. Ia akan menghadkan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.



Empat fungsi utama lidah ialah untuk percakapan, penyusuan, percernaan serta melakukan aktiviti sosial.

Ciri-ciri fizikal lidah pendek ialah:-
  • hujung lidah (tongue tip) tidak boleh atau sukar diunjur keluar.
  • hujung lidah berbentuk rata, jantung atau terbelah.
  • lidah tidak dapat atau sukar digerakkan ke kiri dan kanan.
  • hujung lidah tidak dapat menyentuh lelangit.
  • hujung lidah tidak dapat menjilat bibir atas.
  • tidak boleh digulung ke belakang.
Bayi anda mungkin mempunyai lidah pendek, jika:
  1. Gagal atau sukar menghisap puting semasa penyusuan bayi menyebabkan bayi tidak mendapat nutrisi yang optima.
  2. Puting susu ibu luka dan melecet setiap menyusu bayi.
Kebiasaannya , pembedahan kecil yang dipanggil frenulotomy akan dilakukan.

Friday, August 18, 2017

Panduan memilih pam susu yang baik

Memilih pam susu boleh memeningkan ibu yang ingin menyusukan anak terutama bagi ibu yang bekerjaya.

Lebih-lebih lagi, terlalu banyak lambakan pam susu berbanding pada zaman Kak Ida dahulu iaitu dalam tahun 2009, pilihan pam susu yang berada di pasaran agak terhad dan mahal.

Tetapi, mana yang paling baik?

Disini Kak Ida kongsikan cara memilih pam susu yang boleh dijadikan panduan terutama kepada ibu-ibu baru.

Keselesaan

Kebiasaannya, pam elektrik automatik mempunyai ciri kekuatan sedutan, auto-cycle atau cycle yang boleh dikawal dan memberi keselesaan pada ibu. Ini kerana pam yang mempunyai ciri ini mampu mengawal sedutan dan cycle menggunakan butang khas.

Ada juga pam susu yang lebih canggih mampu membuat ransangan pada ibu untuk merangsang pancutan refleks (let down/milk ejection reflex).

Keberkesanan
Pilih pam susu yang menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 25 hisapan dalam seminit. SPam yang berkesan adalah pam yang dapat mengeluarkan susu yang baik dan merangsang penghasilan susu.


Begitu juga kekuatan hisapan pada pam tersebut. Adakah terlalu perlahan atau terlalu kuat. Ini boleh menyumbang sama ada susu tidak keluar jika hisapan perlahan atau menyakitkan payudara ibu jika hisapan terlalu kuat.

Cari hisapan yang menyerupai hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 200-240 mmHG. Dapatkan maklumat berkaitan pam ini melalui pembekal yang menjual pam.

Cara mengepam
Pilihan pam sama ada secara sebelah sahaja atau mampu untuk mengepam kedua-dua belah payudara.

Mengikut kajian, pam susu yang baik adalah berupaya untuk mengepam kedua-dua belah payudara secara serentak bagi tujuan meransang penghasilan hormon prolaktin dan seterusnya merangsang penghasilan susu dengan lebih baik.


Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa terutama ibu yang bekerjaya dan menyusukan anak.

Ketahanan pam
Pastikan pam yang dipilih adalah tahan lama kerana pam susu boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, pastikan pilihan pam adalah bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam iaitu motor pam susu tersebut.


Selain itu, ibu juga perlu mengambil kira ibu mudah mendapatkan bahan gantian (spare part) jika alatan tersebut rosak.

Harga
Pam elektrik yang berkualiti selalunya lebih mahal bergantung kepada jenis dan jenama.


Namun begitu, ibu boleh mengganggap membeli pam elektrik yang berkualiti adalah satu pelaburan jangka masa panjag kerana tidak perlu membeli susu formula.

Thursday, August 17, 2017

Majlis Tautan Mesra dan Support Group Meeting 2.0.

Kelab Susuibu Johor Bahru menganjurkan Majlis Tautan Mesra dan Support Group Meeting 2.0.

Program kali ini bertempat di Mutiara Seri Homestay di Taman Mutiara Rini pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) bermula jam 2.00 petang.

Jom beramai-ramai menghadirkan diri kerana banyak aktiviti yang telah direncana pada petang tersebut termasuk slot perkongsian dari Dr Hairin Anisa Tajuddin dan Dr Zilal.


Friday, August 11, 2017

Nipple crack

Menjawab persoalan ibu tentang nipple crack.

Sejujurnya, walaupun Kak Ida kaunselor laktasi beranak empat, nipple crack tetap berlaku. Huhuhuhu

Setiap anak PERLU belajar untuk menyusu walaupun kita ibu sudah beranak sepuluh. Agagagaga

Ya Allah, sakitnya hanya Allah yang tahu.

Rasa pedih, nyeri dan semestinya SANGAT SAKIT.

Ini antara faktor utama ibu akan memberhentikan penyusuan susuibu kerana tidak sanggup menghadapi situasi ini. Ibu lebih sanggup memerah dan memberikan susu kepada anak menggunakan botol pula sehingga pulih.

... dan anak pula akan keliru puting. (ok, ini topik lain).

Faktor utama nipple crack berlaku adalah disebabkan posisi penyusuan ibu yang salah. Anak akan menghisap di puting ibu sahaja dan bukan melekap di keseluruhan aerola. Semak semula posisi penyusuan ibu.

Apabila salah melekap, anak akan menghisap dengan kuat dan ini yang menyebabkan puting terluka. Anak juga tidak akan puas menyusu.

Untuk ibu yang baru, atau ibu yang mengalami masalah ini, cara untuk mengurangkan rasa pedih, ambil lebihan susuibu dan sapukan di payudara. Buat 2 3 kali dalam sehari. (Tetapi, kak ida memang sapu sahaja, kerana "ubat" ini PERCUMA dan semulajadi). Hihihi

Ada juga krim untuk nipple crack. Boleh beli di farmasi yang berdekatan atau guna apa yang ada dirumah seperti madu. Madu boleh merawat luka-luka kecil. Sapu 2 hingga 3 kali sehari.

Tips Kak Ida, untuk memberi payudara yang luka, pastikan anak membuka mulut seluas-luasnya sebelum suakan payudara ke mulut anak. Bila nampak anak sudah bersedia, tarik nafas panjang dan berilah payudara yang luka itu (pastikan posisi penyusuan itu betul). Memang pedih untuk permulaan dan lama-kelamaan, rasa pedih akan hilang.

Untuk mengurangkan rasa stress, panggillah suami untuk mengurut-ngurut lembut dibelakang. (Tanda sokongan). Positifkan diri dan kuatkan semangat ya ibu.

Pakailah pakaian dalam yang bersesuaian. Pastikan tempat luka sentiasa dalam keadaan bersih (agar jangkitan kuman tidak berlaku).

Chaiyok ibu. Chaiyok!

Semoga bermanfaat.

Saturday, July 15, 2017

Susuibu basi?

Kak Ida ada menerima satu whatsapp bertanyakan bagaimana mengetahui susuibu itu basi.

Sebenarnya, tiada istilah susuibu itu basi ya ibu-ibu.

Cuma "rosak".

Ok, bagaimana ibu hendak mengetahui susuibu itu rosak.

Sebelum memberi susu ibu kepada bayi, periksa keadaan susu samada masih baik atau telah rosak.

Untuk simpanan susu, walaupun mengikut panduan diberi susu ibu mungkin akan rosak kerana faktor pengurusan susu perahan.

Sebelum itu, pastikan ibu periksa dahulu susu.
- Bau susu ibu. Susu ibu rosak akan berbau masam dan kuat yang mudah dikenalpasti.
- Rasa sedikit susu ibu. Rasa susu ibu rosak akan rasa masam.
- Goncang secara lembut untuk mencampurkan susu yang terbahagi 2 iaitu bahagian berkrim dan susu. Periksa jika ada berketul. Susu yang terbahagi 2 masih boleh digunakan jika tiada ketulan.
- Jika anda was-was, baik ambil langkah selamat dengan tidak menggunakannya.

Susu ibu yang berwarna merah jambu atau hijau masih boleh digunakan jika tidak rosak. Warna ini mungkin disebabkan pemakanan yang diambil ibu.

Semoga bermanfaat pada ibu-ibu.


Friday, July 14, 2017

Penyusuan bagi bayi yang mengalami bibir sumbing

Bagi bayi yang mengalami bibir sumbing atau lebih dikenali sebagai cleft baby, Patch derm (duo derm) diperlukan untuk menutup bibir bayi yang sumbing (cleft baby) supaya mengurangkan ruang yang terbuka itu.


Letakkan bayi pada posisi yang betul iaitu posisi football hold. Kepitkan kaki bayi rapat ke badan ibu dengan lengan. Manakala tangan disebelah lagi perlu membantu compress breast ketika hisapan. 


Ini kerana bayi yang mengalami bibir sumbing akan menyebabkan hisapan tidak berapa kuat. Pastikan compress breast mengikut rentak hisapan bayi. Selain itu juga, ibu boleh tolakkan bahagian atas aerola untuk menutupi sumbing tersebut.


Friday, March 17, 2017

Kita di mana?

Perkara yang saya paling takutkan...

Ibu yang "terikut-ikut trend" di facebook.

Bila dia tengok semua ibu menyusukan anak, dia pun sama. Siap membeli pam susu yang mahal. Bila ibu tiada susu, pam susu disalahkan.

Bila dia tengok ibu lain berbabywearing, dia pun sama. Membeli wrap, tula dan sebagainya. Bila anak tidak mahu memakai, disalahkan wrap tidak bagus!

Bila dia tengok ibu lain homeschool anaknya, pun sama. Bila anak tidak pandai, dia salahkan pula sistem pendidikan.

Bila dia tengok anak orang lain sihat tidak divaksin, dia pun terikut-ikut juga. Bila Dr bertanya alasan anak tidak divaksin, tergagap-gagap mulut mahu menjawab.

Bila ada ibu yang berbento, dia pun sama. Bezanya makanan bento dibekalkan nugget, sosej, perasa yang tinggi.

Natural remedy pun sama. Bila anak tidak sihat, disalahkan pula pihak hospital memberikan ubat yang murah.

Buat dengan ilmu ibu.

Baca, belajar, hadam.

Bertanya pada yang pakar.

Bukan terikut-ikut trend.

Anak kita tidak sama dengan anak puan. Persekitaran kita berbeza. Pengalaman pun berbeza. Situasi kita juga berbeza.

Ada ibu sampai ke ceruk dunia menuntut ilmu.

Ada ibu yang sanggup membaca beratus-ratus jurnal, buku yang tebal supaya mereka faham apa yang mereka mahukan.

Ada ibu yang sanggup melaburkan sejumlah duit untuk mendapatkan ilmu berbanding sesetengah ibu yang takut dan berkira untuk mengeluarkan duit.

Bab keluar duit baju anak, semua OK!

Saranan saya,

Jangan kerana sikap terikut-ikut, kita "gadaikan" anak.

Jangan kerana sikap terikut-ikut juga, golongan minoriti yang menjadi mangsa tundingan jari orang yang merasakan mereka sempurna dari setiap segi.

Ini tiada kaitan langsung dengan peribahasa "biar mati anak!"

Jom audit kita di mana?

Wakaf pam susu

Alhamdulillah,

Terima kasih sahabat atas sumbangan ini.

Pagi ini baru berkesempatan tengok.


Ada pam susu.
Ada pemanas susu.
Ada rak botol susu
Ada botol susu dari saiz kecil.

Wakaf untuk seorang ibu kepada ibu yang ingin menyusukan anak.

Insya Allah,

Alhamdulillah, sudah ada penerima wakaf yang mahu menggunakan pam susu ini. Ida doakan beliau mendapat pahala yang berpanjangan.

Amin Amin YRA.

Alhamdulillah

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


Tips Susu Banyak

Tempoh pengepaman yang baik adalah sekurang-kurangnya 20-30 minit di setiap belah payudara.

Kekerapan mengepam pula adalah 8-12 kali sehari.

Nak lebih efektif dan menjimatkan masa?

Gunakan teknik mengepam "double pump". Ia lebih efektif dan sangat menjimatkan masa.

Konsep Power Pumping

Ramai ibu salah anggap tentang konsep POWER PUMPING.

Kebanyakan soalan yang ditanya dalam inbox,

"Saya sudah buat power pumping, tetapi kenapa susu yang terhasil masih sedikit"

Ibu-ibu, konsep power pumping bukan untuk mengumpul susu dan ia juga bukan dilakukan hanya satu malam.

Tetapi, power pumping adalah untuk meransang kalenjar pituitari untuk menghasilkan hormon prolaktin. Ia memberi isyarat pada otak supaya susu perlu dihasilkan lebih banyak untuk bayi.
Hormon prolaktin dirembeskan paling tinggi adalah pada waktu malam sehingga awal pagi (paling tinggi jam 5.00 pagi).

Jadi ibu jangan mudah patah semangat ya untuk terus mengepam apabila melihat tiada atau hanya sedikit sahaja susu yang keluar ke dalam botol.

Buat secara istiqamah. Insya-Allah

Susu ibu 3 in 1

Susu ibu semestinya 3 dalam 1
.
.
.
.
.
.
.

1) Makanan
2) Minuman
3) Imunisasi badan.

Tips tambah susu

Tips menambah pengeluaran susu.

Gunakan teknik ini.


Sambil anak menyusu pada payudara sebelah kanan, payudara sebelah kiri di pam untuk dikosongkan.

Insya-Allah... susu lebih banyak akan dihasilkan.


Naluri hati seorang ibu

Naluri seorang ibu sering menyalahkan diri sendiri.

Kak Ida cuma nak bagitau...

Tiada istilah GAGAL dalam menyusukan anak.

Ibu cuma "kurang berjaya".

Gali lagi ilmu penyusuan ya.