Saturday, September 9, 2017

Punca susu drop

Sebelum ibu kata "saya kurang susu" atau "tiada susu",

Pastikan punca-punca mengapa ianya boleh terjadi.












Thursday, September 7, 2017

Pentingkah susu selepas enam bulan?

Teks oleh: Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.


Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
  1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan. Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
  2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
  3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

Lactational Amenorrhea Method

Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan susu ibu dinamakan Lactational Amenorrhea Method (LAM) di mana penyusuan susu ibu sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semula jadi.
Sumber: Google

Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98–99.5 % efektif, sekiranya semua syarat di bawah dipatuhi:
  1. Haid ibu belum kembali.
  2. Bayi berumur kurang daripada enam bulan.
  3. Bayi menyusu secara eksklusif dengan kerap (siang dan malam).
  4. Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain daripada susu ibunya selama enam bulan pertama.
Oleh itu, antara tip untuk memastikan keberkesanan keadah LAM ini, anda haruslah:
  • Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu.
  • Menyusu dengan kerap tanpa had (siang dan malam). Untuk pengetahuan, penyusuan di waktu malam sangat penting kerana pada ketika itu hormon prolaktin adalah sangat tinggi. Hormon ini yang melambatkan ovulasi.
  • Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk dan menenangkan bayi.
  • Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur.
  • Tidak menggunakan botol atau puting kosong.
Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih daripada enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan (pada tahap umur ini, bayi seharusnya diperkenalkan dengan makanan tambahan dan tidak menyusu sepenuhnya), ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain.

Ini kerana selepas enam bulan, perlindungan penyusuan susu ibu terhadap kehamilan mula berkurangan.

Tuesday, September 5, 2017

Peranan ayah dalam penyusuan susuibu

Siapa kata ayah tiada kaitan dalam menjayakan penyusuan susuibu.

Sumber: Google
Jom ayah, kita sama-sama menjayakan penyusuan susuibu bersama isteri tercinta.
  1. Ambil tahu dan belajar tentang penyusuan susu ibu.
  2. Menyusukan anak membuatkan ibu cepat haus. Ayah boleh menyediakan sebotol air yang mudah dicapai oleh ibu. Selain itu, ayah juga boleh menyediakan snek sihat untuk ibu semasa menyusukan anak.
  3. Kenali fungsi alat bantuan penyusuan seperti pam susu, nipple cream dan makanan tambahan yang dapat membantu isteri kekal sihat, bertenaga semasa menyusukan anak.
  4. Sediakan pam susu untuk digunakan oleh ibu.
  5. Berikan hiburan buat ibu. Temankanlah ibu dan carilah topik yang membuat ibu gembira. Stress boleh menyebabkan susu berkurangan.
  6. Libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kerja rumah. Ayah akan lebih nampak sado jika membantu ibu menyapu dan membasuh pinggan di sinki.
  7. Tunjukkanlah rasa terima kasih ayah pada ibu kerana menyusukan zuriat kita.
  8. Urutlah dan belailah isteri ketika dia sedang menyusukan anak. Urutan lembut di belakang dada dan bahu membuatkan ibu tenang dan susu akan lebih banyak dihasilkan.
  9. Ayah juga boleh mambantu melayan anak-anak yang lebih besar. Keadaan tenang akan membuatkan ibu lebih selesa ketika menyusukan anak.
  10. Prihatin. Tanyalah pada isteri apa yang dia perlukan. Membuatkan isteri rasa dihargai dan disayangi oleh suami.
Semoga bermanfaat. 

Sunday, September 3, 2017

Tongue-Tie

Pernah dengar mengenai Tongue Tie?

Tongue Tie (atau Lidah Pendek) sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap. Lidah pendek berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenelum terlalu pendek. Ia akan menghadkan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.



Empat fungsi utama lidah ialah untuk percakapan, penyusuan, percernaan serta melakukan aktiviti sosial.

Ciri-ciri fizikal lidah pendek ialah:-
  • hujung lidah (tongue tip) tidak boleh atau sukar diunjur keluar.
  • hujung lidah berbentuk rata, jantung atau terbelah.
  • lidah tidak dapat atau sukar digerakkan ke kiri dan kanan.
  • hujung lidah tidak dapat menyentuh lelangit.
  • hujung lidah tidak dapat menjilat bibir atas.
  • tidak boleh digulung ke belakang.
Bayi anda mungkin mempunyai lidah pendek, jika:
  1. Gagal atau sukar menghisap puting semasa penyusuan bayi menyebabkan bayi tidak mendapat nutrisi yang optima.
  2. Puting susu ibu luka dan melecet setiap menyusu bayi.
Kebiasaannya , pembedahan kecil yang dipanggil frenulotomy akan dilakukan.